Untuk berjaya di CNI, adakah perlu dilakukan secara Full Time ?
Ramai juga di kalangan usahawan yang keliru dan merasakan hanya boleh
berjaya sekiranya dilakukan secara sepenuh masa. Sebenarnya... tidak
semestinya !!
Di kalangan mereka yang dah mencapai Intan Jutawan di CNI, rata-ratanya
mereka semua melakukannya secara sambilan dan cuba-cuba saja di
peringkat permulaan. Seperti saya, kerjaya asal saya adalah seorang guru,
tetapi dengan pengetahuan tentang kerjaya baru ini ditambah setiap hari...
tambahan pula dengan kata-kata motivasi dari orang-orang yang berjaya...
semangat makin bertambah dan akhirnya walaupun melakukan secara
sambilan tetapi disiplin yang kita lakukan adalah seperti sepenuh masa.
Yang penting kita tahu menyusun jadual harian kita iaitu tugasan kerja,
tugasan rumahtangga dan cubalah selitkan waktu untuk CNI sebaik
mungkin. Akhirnya dengan kesungguhan hati, walaupun masa yang
diperuntukkan itu kecil tetapi hasilnya pasti tetap besar. Begitu juga... ada
orang memperuntukkan masa yang banyak tetapi buat kerja main-main,
akhirnya tidak ada apa-apa hasil positif walaupun sudah 20 tahun berkerja.
Setelah anda betul-betul yakin dengan kerjaya ini dan terasa ingin meraih
kejayaan yang lebih besar, bawa berbincanglah dengan pemimpin anda
atau mana-mana orang yang berjaya... Insya Allah anda akan menemui
petunjuk dan jalan yang lebih baik.
Kata orang bijak pandai... "Sebelum membakar jambatan yang sering
dilalui, pastikanlah anda tahu berenang terlebih dahulu".
Adakah perlu full time ?