Mahal ? Apa bukti anda untuk mendakwa sedemikian ?
Sebenarnya harga sesuatu barangan atau perkhidmatan itu tidak
ada satupun yang mahal melainkan harganya adalah berdasarkan
kepada kos pembuatan termasuklah harga barang mentah itu
sendiri. Jika kita nak kata mahal, ianya perlu ada perbandingan
atau relatifnya dengan barang yang sama di tempat lain.
Contoh hari ini kita kira harga kereta Kancil dengan Mercedes
Benz. Jika kancil dengan harga RM30,000.00, tak ada arang cakap
mahal begitu juga Mercedes Benz RM300,000.00 pun tak mahal.
Tapi jika Kancil RM300,000.00 itu memang mahallah begitu juga
dengan Mercedes Benz jika harga RM30,000.00 itu dikira sangat
murah.
Apa pula pendapat anda ? Jika Kancil tu murah, dah berpa biji dah
beli ? Sebenarnya masih ramai juga dikalangan kita masih tak
mampu nak pakai kancil.
Nasihat saya, sebagai seorang peniaga kita tidak perlu fikir tentang
harga barangan sebab di negara kita setiap kali harga minyak naik,
pihak pengusaha stesyen minyak tak pernah bising pun melainkan
pengguna-penggunanya. Jadi anda kata mahal sebenarnya anda
masih berfikiran pengguna biasa. Tapi dengan Pengguna Bijak di
CNI, tidak ada barang yang mahal lagi bagi kita. Ingat... di stesyen
minyak kita tak ada ruang pun untuk jadi Pengguna Bijak walaupun
di Petronas syarikat milik negara tapi harganya tetap sama dengan
syarikat-syarikat luar negara.
Barangan CNI ni mahallah !