Persoalan yang biasa ditimbulkan...

CNI hanyalah sebuah syarikat MLM yang memasarkan barangan
kepenggunaan harian terutamanya makanan dan minuman kesihatan.
Ianya membuka peluang kepada orang ramai untuk memasarkan
barangan dengan konsep perkongsian keuntungan secara adil dan
saksama. Mereka yang berminat bolehlah menyertainya sebagai
seorang kontraktor bebas atau dikenali sebagai pengedar bebas
berasaskan kod etika yang dipersetujui bersama.

Soal nak buat duit, ianya bergantung kepada daya usaha kita... Mana
ada perniagaan tidak dapat duit ! Cuma cara kita melakukan
perniagaan itu adalah penentu kepada tahap kejayaan yang boleh kita
capai. Ada yang melakukan secara sambilan, maka hasilnya pun
sambilanlah ! Bagi saya, saya melakukannya sambilan dulu dan
kemudian baru serius untuk membina kerjaya jangka panjang... Insya
Allah hasilnya pun berpanjangan. Yang bagusnya, pihak syarikat CNI
sendiri banyak membantu dalam menangani selok-belok perniagaan ini
terutamanya dari segi latihan yang berterusan dan sokongan promosi
yang berpanjangan. Maka tidak hairanlah kenapa ramai yang telah
berjaya di CNI yang mana semua mereka ini bermula dengan kosong
dan latarbelakang pendidikan yang berbagai-bagai... bahkan orang
yang tidak sekolah pun boleh menikmati kejayaan.

Jadi, bukan soalnya betul atau tidak CNI ni boleh buat duit... tapi
mahukah anda menambahkan duit anda bersama CNI ? Yang pasti,
segalanya terletak di tangan anda.
Betul ke CNI ni boleh buat DUIT ?