Produk GHO terdiri daripada:
1. Organik
2. Royal Jelly
3. Life Enzyme
Tambahan: Ester-C Plus
GHO - Gaya Hidup Organik
Fungsi Utama GHO adalah:
1. Membersih; (Organik)
2. Menyelaras (Enzyme) dan
3. Membina (Royal Jelly).
Cara pengambilan yang betul adalah:
1. Royal Jelly
-Diambil waktu pagi: Iaitu setelah bangun dari tidur dan sebelum gosok gigi lagi.
-Caranya : Buka dan terus masukkan ke dalam mulut, kemam sekejap dan kemudian telan perlahan-lahan.
-Dinasihatkan ambil satu saja sehari kerana ia boleh menyebabkan panas. Bagi kanak-kanak, ambil separuh
atau sesuku sahaja.
-Untuk rawatan penyakit kronik seperti kanser / leukimia, boleh cuba ambil 2 iaitu pagi dan petang.
Sekiranya perlu maka boleh minum air selepas itu.
-Awas !
a) Sekiranya dah gosok gigi dahulu, sila tunggu selepas 1/2 jam sebelum mengambilnya. Kerana
kesan florida dari ubat gigi boleh memusnahkan khasiatnya.
b) Sekiranya anda pengidap Gastrik, sila ambil makanan lain terlebih dahulu kerana dikhuatiri rasa
pedih dalam perut.
c) Sekiranya anda hendak bancuh dengan air, jangan gunakan air panas kerana suhu melebihi 40
darjah, akan memusnahkan khasiatnya.
d) Jika dibancuh, jangan guna sudu logam kerana boleh rosakkan khasiatnya.
e) Saki baki dalam bekas tadi, elok dicampurkan sedikit air dan sapu pada wajah anda. Ianya boleh
menyerikan wajah kerana ada kolagen.
2. Life Enzyme
-Boleh diambil bila-bila masa (seeloknya sebelum sarapan)
-Sekiranya untuk rawatan penyakit, maka boleh ambil 2 atau 3 kali sehari.
-Caranya ialah dengan membancuhnya bersama air suam dan terus diminum.
3. Organik
-Elok diambil sebelum makan tengahari ataupun sebelum makan malam.
-Caranya ialah dengan membancuhnya bersama air (suhu bilik) dan terus diminum.
-Selepas itu, minum lagi 2 gelas air kosong untuk memudahkan proses pembersihan dalaman.
-Sekiranya perlu, anda juga boleh membancuh organik tadi bersama Soya Gold CNI atau dengan Madu
ataupun dengan Jus untuk kesegaran dan rasa lebih enak.
-Awas!
-Elakkan dari membancuh dengan air suam / panas, kerana ia akan berketul seperti gel.
4. Ester-C
-Anda boleh mengambil Ester-C bila-bila masa sahaja sekitar 2-4 biji sehari untuk dewasa dan 1-2 biji
untuk kanak-kanak.

