Kita harus mengetahui terlebih dahulu tentang kronologi pemakanan
iaitu sejarah dan tujuan / matlamat mengambil makanan serta kesannya
kepada kita selepas itu. Secara dasarnya, tujuan makan adalah untuk
meneruskan kehidupan... tapi, akhirnya manusia mati disebabkan oleh
penyakit yang berpunca dari makanan. Secara kronologinya, makanan
kesihatan adalah merupakan makanan generasi ke-3.
1. Generasi 1=Makanan Primer (terus diambil seperti manusia purba -
memburu dan makan / bakar). Daripada pengambilan ini, akhirnya manusia
mati disebabkan kuman yang terdapat dalam makanan.
2. Generasi ke-2=Makanan Sekunder (makanan diproses dan diadun...
ditambah perasa dan pewarna untuk lebih enak dan lazat). Daripada
pengambilan ini, akhirnya manusia mati... bukan disebabkan kuman tetapi
bahan-bahan tambahan tadi seperti MSG, gula, garam, minyak, lemak dan
seumpamanya yang menyebabkan kanser, kencing manis, darah tinggi,
sakit jantung dan sebagainya.
3. Generasi ke-3=Makanan Tertier (makanan diekstrak daripada pati
tumbuhan dan herba serta sumber-sumber semulajadi daripada lebah dan
ikan). Daripada pengambilan ini... sudahlah pasti manusia betul-betul
dapat mencapai objektif makan yang sebenar iaitu untuk meneruskan
kehidupan.
Dengan makanan kesihatan, bukan sahaja dapat memanjangkan usia
tetapi menyihatkan si pengamalnya sendiri. Jika kita ada penyakit, ianya
dapat membantu menyihatkan kita kembali. Jika kita sihat pun,
kemungkinan besar kita terus sihat dan dapat dihindarkan daripada
penyakit.
Kenapa perlu makanan kesihatan ?