Lecehlah CNI ni....
Saya setuju juga tu nak buat CNI ni lecehlah...
Tapi... apakah benda di dunia ni yang tidak leceh ? Jika nak dikira leceh...
sebenarnya kita pergi kerja hari-hari tu tak leceh ke ? Jam kat jalanraya
pagi petang setiap hari tak leceh ke ? Gaji tak pernah cukup setiap bulan
tak leceh ke ?
Bagi sayalah... alang-alang leceh biarlah suatu hari kita berjaya iaitu dapat
menikmati kehidupan yang sebenar dan bersara lebih awal daripada yang
sepatutnya. Takkan nak jadi hamba kerja sampai ke tua ? Bila masa pula nak
menikmati hasil yang dicari selama ini ? Duit pencen dan EPF dapat banyak
tapi nak bergaya rambut dah putih, nak makan sedap tak boleh sebab gigi
dah tak kuat, nak makan manis dah ada kencing manis, makan daging kan
darah tinggi pulak... Alamatnya menyesal sudah tidak berguna lagi... rasa
tertekan dan kesal lalu macam-macam penyakit yang datang dan... Anda
pun boleh jangka kan apa yang berlaku seterusnya ?
So, biarlah leceh sekejap di CNI daripada leceh selama-lamanya.
Lecehlah CNI ni..