Memang anda Luar Biasa !!
Jika kita tinjau tentang pembukaan stokis dalam skop MLM, ianya
pastilah bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang lebih cepat dan
efisien kepada rangkaian pengedar bawahan kita di sesuatu kawasan.
Andainya barangan @ produk dapat dijalankan dengan cepat dan lancar,
maka ianya akan mempercepatkan perkembangan kumpulan kita dan
membantu untuk memacu puncak kejayaan dengan lebih pantas.
Sekiranya di sesuatu kawasan itu sudah mempunyai stokis, maka anda
tidak perlu lagi bersusah payah untuk membuka yang baru.
Seandainya objektif anda ialah untuk berniaga mendapat
keuntungan stokis, maka adalah kurang bijak untuk anda buka stokis
sebab kebanyakan stokis dikunjungi oleh ahli-ahli CNI saja, maka
pasaran anda pastinya terbatas. Jika mahu untung, buka kedai runcit lagi
bagus kerana ianya akan dikunjungi oleh seluruh penduduk di sesuatu
kawasan.
Sekiranya mahu buka stokis juga, nasihat saya ialah kembangkan
kumpulan anda di sesuatu kawasan terlebih dahulu, bila dah
berkembang maka memohonlah dengan pihak CNI.
Macamana nak buka stokis ?