Sebenarnya menyertai dan berusaha di CNI adalah merupakan suatu
proses menaiktaraf diri dan keluarga ke arah yang lebih baik dan
sejahtera. Di dalam proses menuju kejayaan ini, berbagai-bagai aktiviti
berkaitan terpaksa kita buat seperti meeting, kursus SNP, AMS, GDS dan
macam-macam lagi seperti dalam sistem BES (Business Education CNI).
Maka banyak jugalah perkara yang kita rasa tidak selesa seperti hubungan
dengan keluarga / pasangan, tambahan kos, pengorbanan masa dan
tenaga serta macam-macam lagi.

 Perkara ketidakselesaan ini sebenarnya adalah perkara biasa seperti
mana orang menaiktaraf jalanraya juga... yang mana kita sentiasa jumpa
KERJA-KERJA MENAIKTARAF SEDANG DIJALANKAN -
KESULITAN AMAT DIKESALI... DEMI KESENANGAN HARI ESOK !
Begitu juga dalam usaha CNI... jika anda boleh beritahu pada diri sendiri
dan keluarga tentang perkara ini maka mereka akan lebih memahami
proses yang sedang berlaku terhadap anda. Iaitu demi kesenangan hari
esok.
Proses menaiktaraf diri dan keluarga.