Bagi mereka yang sudah lama berkerja terutamanya pasangan
mereka turut berkerja, inilah kata-kata yang popular keluar dari mulut
mereka. Kami dah cukup... saya dah cukup !

Adakah ini ucapan ikhlas di hati atau sekadar pemanis bibir
menunjukkan kita sudah berjaya ? Atau tak kurang juga sebagai pelunak
kata untuk mempertahankan kemalasan diri untuk melibatkan diri dalam
MLM atau senang kata untuk mengelak dari terlibat. Ringkas cerita
mereka merasakan ini bukan untuk mereka tetapi untuk kita yang
memperkenalkan perniagaan ini kepada mereka. Pelik sungguh... kalau
untuk kita, buat apa kita cerita kat dia !

Sebenarnya ramai yang merasakan begitu iaitu DAH CUKUP ! Itu yang
mereka rasa... tapi hakikatnya adalah PASTI BELUM CUKUP sebenarnya.
Buktinya.. jika orang yang mengatakan itu betul-betul dah cukup,
cubalah mulai besok jangan pergi berkerja lagi... macamana ?
Sekiranya besok dan hari-hari seterusnya mereka tak perlu pergi kerja
maka syabaslah... mereka betul-betul dah cukup ! Tetapi jika besok dan
seterusnya masih kena pergi berkerja kerja kerja... itu sudah jelaslah
bahawa mereka masih belum cukup.. dan saya yakin orang sebegini
walaupun selepas pencen sekali pun dia tetap kena pergi kerja. Maka
fikir-fikirkanlah sebelum berkata-kata...
Rasanya saya Dah Cukup !