Tahniah kerana dah ditolong untuk masuk CNI.
Ramai juga dikalangan usahawan CNI suka merungut mengatakan
upline mereka TAK TOLONG !
Sebenarnya pertolongan apakah yang mereka harapkan atau
tolong macam manakah yang mereka harapkan ? Saya sering berjumpa
dengan usahawan-usahawan CNI dan berbincang dengan mereka,
akhirnya saya dapati masih ramai dikalangan usahawan-usahawan ini
yang masih tidak faham dengan konsep MLM. Sebenarnya maksud
tolong bagi mereka ialah... dengan menaja orang-orang bawahan
sebanyak mungkin untuk mereka dan membeli barangan dengan
menggunakan kod keahlian mereka (maksudnya bagi PV untuk
kenaikan pangkat). Selain itu mereka juga mengaharapkan kita
melakukan segala aktiviti berkaitan CNI untuk mereka sedang mereka
boleh pergi berjalan-jalan dan menonton TV.
Sebenarnya sebab itulah tidak ramai orang yang berjaya di dalam
dunia ni. Jika upline nak kena tolong buat segalanya, buat apa nak taja
orang-orang macam ni. Jika seseorang usahawan CNI bersikap
sebegini, sebenarnya perjalanannya untuk menuju kejayaan adalah
terlalu jauh lagi. Sepatutnya kita cubalah melakukannya sendiri dengan
berkerjasama dengan upline dan juga rangkaian kumpulan kita.. jika
sesuatu urusan itu boleh kita melakukannya sendiri, kenapa harus
meminta pertolongan orang lain ? Maksud minta tolong adalah setelah
kita tidak boleh melakukannya secara bersendirian lagi maka haruslah
kita meminta pertolongan orang lain. Semoga anda boleh bezakan
antara pertolongan dan kerjasama.
Bagi saya, konsep tolong yang sebenar di dalam sesuatu perusahaan
ialah seperti pepatah
"Mengajar anda untuk menangkap ikan, bukannya mencari ikan untuk
anda".
Kerana jika mengajar cari ikan, anda boleh memakan ikan sampai
bila-bila walaupun saya dah mati... tetapi jika saya mencari ikan untuk
anda, bila saya mati maka andapun tidak boleh makan ikan lagi !
Saya dah masuk tapi upline tak tolong!