Apa masalah dengan ketuaan ?
Adakah orang tua tak perlu makan ?
Sebenarnya itu hanya usia yang menentukan berapa lama kita sudah
hidup. Hakikatnya, sebagai orang tua, kita juga patut buat CNI...
kena cari duit lagi sebab kita tak tahu bila kita akan mati. Walaupun
semuda 20 tahun, tiba-tiba umur 22 dah mati, tak payah cari duit
juga. Sebenarnya kita tak tahu bila kita akan mati... sekarang umur
dah 50 tahun, jika kita mati pada usia 80 tahun maknanya kita kena
cari duit lebih banyak lagi dari yang berusia 20 tahun tadi. Nak buat
CNI bukannya kena pikul balak dan panjat bukit, jadi tidak ada kena
mengena dengan usia kita. Begitu juga dengan kenalan kita. Untuk
buat MLM ni sangat bagus untuk mereka yang mempunyai kenalan
yang ramai. Maka bagi mereka yang sudah 50 tahun hidup, pastilah
kenalannya akan lebih ramai daripada remaja yang berusia 20 tahun.
Begitu juga dengan tanggungjawab, sebagai seorang yang dah tua
kita juga ada tanggungjawab terhadap anak cucu kita. Usaha CNI ni
dapat diwarisi... maka jika kita yang berusia 50 tahun dapat buat
sampai 3 suku jalan katalah kita meninggal, maka anak kita sebagai
pewaris sambung sedikit saja lagi maka salah seorang anak kita
sudah jadi JUTAWAN. Kan sangat bagus macam ni... Ini tidak, ramai
dikalangan bangsa kita ni, bila nak mulai hidup semuanya kena mula
dengan kosong. Sedangkan bangsa lain, mereka hanya mewawirisi
perniagaaan bapa mereka sahaja tetapi bapa kita semuanya nak
makan gaji... macammana nak diwarisi lagi. Nasihat saya, tuapun
tak apa... asalkan anda boleh jadi orang tua yang terbaik dan paling
betanggungjawab di dunia.
Saya dah tua.. !