Sebenarnya, jika anda rasa susah... pastilah ianya betul-betul akan jadi
susah ! Segalanya bergantung kepada cara pemikiran anda dan juga cara
anda menguruskan diri dan keluarga. Walaupun anda dipandang serong
oleh orang lain, anda harus sabar.. yang penting anda tahu jaga diri dan
ikhlas di dalam perniagaan CNI. Biar orang pandang serong sekarang
daripada orang pandang hina suatu hari disebabkan kita miskin dan
merempat. Jika kita miskin sangat, macamana nak jaga anak-anak untuk
pendidikan yang lebih baik. Jika anak-anak kita juga susah suatu hari
nanti... bukan setakat orang pandang kita hina, bahkan anak kita sendiri
pun belum tentu boleh jaga kita dengan baik.
Jadi, sabarlah sedikit dengan keadaan dan tabahkan hati dengan penuh
kesabaran untuk memulakan perniagaan CNI demi merubah kepada masa
hadapan yang lebih baik. Jangan jadikan urusan menjaga anak sebagai
penghalangnya... Ingat.. jika kita miskin hina, anak itu pun belum tentu
juga akan menjaga kita di saat tua nanti.
Tengok Pn. Zainab, walaupun sebagai Ibu Tunggal yang miskin, beliau
tetap tabah dan memulakan perniagaan CNI walaupun hanya dengan
basikal sahaja. Tetapi... hari ini beliau sudah seorang Jutawan dan
didapati seluruh keluarga dan anak-anak menyayanginya. Memang
betullah kata orang bahawa jika duit banyak, semua orang akan
menyayangi kita... begitu jugalah sebaliknya.
Saya ibu tunggal, susah nak buat CNI!