Emm... Inilah persoalan yang selalu ditimbulkan apabila bebicara tentang bisnes,
terutamanya orang kita kaum bumiputra.
Sebenarnya modal yang paling besar diperlukan ialah keinginan dan kemahuan yang
kuat. Modal sedia ada kita ialah otak kita, anugerah Tuhan yang tidak ternilai ini
jika kita gunakan maka ia boleh membawa kita ke tahap tertinggi di dunia.
Secara ringkasnya, untuk menyetai CNI bayarannya hanyalah RM70.00 sahaja dan jika
melalui pendaftaran online hanya RM30.00 sahaja. Jika ada tambahan sekitar RM200.00
- RM300.00 itu sudah dikira cukup bagus untuk memulakan perniagaan ini dan jika tak
ada pun tak apa. Lagipun berbanding perniagaan konvensional, anda tidak perlu daftar
dengan ROB atau ROC dan tidak juga perlu menyewa kedai atau menyediakan premis
perniagaan. Cukup buat di rumah sahaja atau di mana-mana anda berada. Sebagaimana
yang kita tahu, ada orang yang berniaga dengan modal puluhan ribu ringgit dan
membuat pinjaman daripada MARA atau institusi kewangan pun masih ramai yang tak
boleh bayar baik hutang bahkan ada yang bankrup terus selepas 4-5 tahun. Tapi di sini,
anda tidak perlu buat pinjaman pun bahkan ramai di antara kita mencapai kejayaan
hebat lebih daripada mereka yang berniaga dengan modal ratusan ribu ringgit walaupun
sudah lebih 20 tahun mereka berniaga
Saya Tak Ada Modal ?
Sekarang ini pihak kerajaan sedia membantu usahawan CNI yang serious tetapi tidak mempunyai modal. Dengan kerjasama pihak TEKUN Nasional, setiap pemohon berpeluang membuat pinjaman permulaan perniagaan dengan syarat yang mudah.
|