Memang ada juga kes-kes sebegini yang sering juga mengganggu atau menghalang
seseorang usahawan daripada terus untuk mencuba.
Dalam kes ini, sokongan tak semestinya suami anda ikut pergi meeting dan
buat CNI ni dengan anda... sekiranya dia tidak menghalang anda dari melakukannya
pun sudah kira cukup baik. Sebab kalau kita pergi kerja makan gaji pun, mana ada
suami yang tolong pergi buat kerja kita kat pejabat.
Sebenarnya, mengikut logik akal normal... tidak ada suami yang tidak suka isterinya
membantu dalam mengukuhkan dan mempertingkatkan ekonomi sesebuah
rumahtangga. Tambahan pula dengan kehidupan yang selalu mencabar dengan
kenaikan harga barang dan juga petrol. Pastilah suami akan sokong demi keluarga
bahagia.
Cuma, mungkin anda sebagai isteri tidak menerangkan perkara sebenar tentang
perniagaan MLM CNI ini... ataupun mungkin suami anda tidak faham dengan tujuan
anda berniaga MLM. Perkara yang seharusnya anda lakukan ialah mencuba
sedaya-upaya untuk memberi kefahaman kepada suami anda dan tujuan anda
melakukan semua ini demi untuk membantunya dan menambahkan pendapatan
keluarga kerana ianya tidak terikat dan dapat dilakukan di masa lapang.
Kalau suami anda masih tidak sokong, fikirkanlah tentang keikhlasan anda dan juga
sejauh manakah kejujuran dan keikhlasan pasangan anda dalam membina sebuah
keluarga bahagia. Tidak ada yang kita cari di dunia ini selain dari sebuah
kebahagiaan yang hakiki dan abadi.
Suami saya tidak sokong !